Thursday 31 May 2012

Facebook Bakal Pengeluar Telefon Pintar



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,1 Ummah.Hari ini Natsu nak share sikit tentang artikle dan berita yang Natsu dengar dari rakan-rakan blog.Cerita ape ye?Hurmm,cerita tentang Facebook?Asal pulak facebook ni?Facebook diorang dalam perancangan nak mengeluarkan telefon pintar atau lebih dikenali sebagai smartphone.Oklah korang baca la artikle yang Natsu dapat ni k?


NEW YORK – Facebook berharap dapat merealisasikan penghasilan telefon pintar sekaligus menjadi peneraju pasaran dunia.

Sebagai salah satu raksasa medium jaringan sosial, Facebook merancang untuk meningkatkan pendapatannya melalui internet mudah alih.

Menurut laporan The New York Times, Facebook telah melantik beberapa jurutera mahir yang sebelum ini mempunyai pengalaman bekerja bersama Apple.

Selain itu, syarikat itu juga telah meluaskan kerjasama dengan HTC Taiwan. Kedua-dua syarikat ini bercadang untuk mencipta sebuah telefon pintar yang diberi nama ‘Buffy’.

Salah seorang bekas jurutera Apple yang bekerja untuk iPhone mengatakan dia telah bertemu dengan Mark Zuckerberg dan membincangkan secara terperinci berkenaan dengan isu ini.

“Mark risau jika dia tidak membuat telefon bimbit dalam masa terdekat, Facebook hanya sekadar menjadi aplikasi di dalam telefon bimbit,” kata jurutera tersebut.

Buat masa kini, laman sosial Facebook memiliki lebih dari 900 juta pengguna seluruh dunia. - MyNewsHub
Facebook Bakal Pengeluar Telefon Pintar 10 out of 10 based on 10 ratings. 9 user reviews.

Gunalah kamera awak dengan sebaik2 nya,Ambillah gambar kebesaran Allah :D

0 comments:

Post a Comment