Thursday 31 May 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok 1 Jun 2012




Salam 1 Malaysia dan salam 1 ummah.Natsu terdengar 1 lagi berita tentang pengubahan akta keterangan 2012 berkuatkuasakan esok?asal pulak?Itu lah nak diceritakan.Natsu ni macam lain je?Eh,Natsu bukan sesiapa k?bukan hacker dan ape-ape lah.Just photographer dan terlibat jugak dalam alam maya ni.Ini berita yang Natsu dapat kongsikan buat korang semua..


Kuala Lumpur- Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya. 

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya. 


Klik gambar Untuk Zoom




Buktinya!!!




Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya: 

1.Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.

2.Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

3.Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.…dan pelbagai perkara yang berkaitan.



p/s:Hurmm,kita sekarang telah dikongkong.Susah nak buat ape-ape daa.Nak buat di alam nya,tak boleh.Nak buat dalam alam maya pun tak boleh?Hurmm,dah takdirkan?berserah kepada yang esa je..






Gunalah kamera awak dengan sebaik2 nya,Ambillah gambar kebesaran Allah :D

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. hy awak. header tu ay amik dri template asal.. bukan sy buat.. die mmg mcm tu.. :) bole search je template kat google kalau nak..

    ReplyDelete
  2. Oh,begitu.Saya nak buat blog jenis photography :D

    ReplyDelete