Thursday 17 May 2012

Sesuaikah Menggunakan Lens Nikon 70-300 Untuk Mengambil Gambar Kahwin?




Untuk pengetahuan semua, pada masa kini terdapat 2 jenis lens 70-300mm yang masih dikeluarkan oleh Nikon iaitu Nikon AF-S VR Zoom-Nikkor 70-300mm f/4.5-5.6G IF-ED dan Nikon AF Zoom-Nikkor 70-300mm f/4-5.6G.
Kedua-dua lens ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi harga dan spesifikasi. Lens Nikon AF-S VR Zoom-Nikkor 70-300mm f/4.5-5.6G IF-ED ialah lens yang mempunyai autofocus motor dan membolehkan fungsi autofocus digunakan pada kamera Nikon yang tidak mempunyai autofocus motor seperti Nikon D5100, D5000, D3100, D3000, D60, D40 dan sebagainya.
Sementara lens Nikon AF Zoom-Nikkor 70-300mm f/4-5.6G pula ialah lens yang tidak mempunyai autofocus motor dan fungsi autofocus tidak boleh digunakan pada kamera Nikon yang tidak mempunyai autofocus motor seperti Nikon D5100, D5000, D3100, D3000, D60, D40 dan sebagainya.
Dari segi harga pula, bezanya amat ketara sekali iaitu RM1,930 bagi Nikon AF-S VR Zoom-Nikkor 70-300mm f/4.5-5.6G IF-ED, berbanding RM475 (harga boleh kurang lagi, hehehe) bagi Nikon AF Zoom-Nikkor 70-300mm f/4-5.6G. Disebabkan harga yang amat berbeza, maka lens Nikon AF-S VR Zoom-Nikkor 70-300mm f/4.5-5.6G IF-ED mempunyai fungsi VR (yang amat berguana jika anda menggunakan focal length 200 ke 300mm), fungsi IF atau Internal Focusing (dimana semasa memfokus, bahagian luar lens tidak berpusing), kaca ED atau Extra Low Dispersion (untuk memberikan gambar yang sharp) dan SWM atau Silent Wave Motor (untuk focusing yang cepat dan senyap).
Walaubagaimanapun, kedua-dua lens ini bukanlah fast lens kerana aperture yang paling besar pada lens-lens ini ialah 4 dan 4.5. Jadi untuk menggunakan lens-lens Nikon 70-300 ini untuk mengambil gambar kahwin di dalam dewan adalah kurang sesuai. Tetapi lens-lens ini masih boleh digunakan, cuma anda terpaksa menaikkan ISO supaya sensor lebih peka kepada cahaya agar anda boleh mendapat gambar yang terang. Keburukan apabila anda menaikkan ISO ialah gambar anda akan terdapat banyak noise dan kualiti gambar adalah tidak cantik.
Untuk menggunakan lens-lens Nikon 70-300 ini untuk mengambil gambar kahwin di kawasan terbuka yang mempunyai cukup cahaya, maka lens-lens ini adalah sesuai. Bagi mengambil gambar-gambar candid di kawasan terbuka, maka lens ini adalah sesuai sekali. Jika anda menggunakan focal length yang lebih daripada 100mm maka anda akan mendapat bokeh yang agak cantik juga.
Tetapi jika anda mempunyai budget yang teramat lebih, maka saya syorkan lens Nikon 70-200mm f/2.8 VR 1 atau 2. Lens Nikon 70-200mm f/2.8 VR ini ialah lens professional yang boleh digunakan pada kamera full-frame atau crop. Cuma lens ini amat berat dan susah untuk dibawa ke sana ke mari.
Satu lagi fast lens yang cantik dan agak murah untuk ambil gambar wedding yang saya syorkan ialah lens Nikon 85mm f/1.8D AF Telephoto, tetapi lens ini tidak mempunyai autofocus motor.
Gunalah kamera awak dengan sebaik2 nya,Ambillah gambar kebesaran Allah :D

0 comments:

Post a Comment